

|
sweet owner ![]() ![]() Bigfoots! ![]() Shoutbox ![]() Moment ![]() ![]() My Flightness Bird ![]() 감사합니다 ![]()
| It've been a long time Assalammualaikum semua! Saya kembali! I'm back! #buat comeback sekejap Sudah lama saya tidak post. Mana tidaknya, saya sibuk dengan PMR! Ayoyo, pening kepala dibuatnya. Boleh pengsan, bangun dan pengsan lagi tahu! But, Alhamdullilah! Boleh jawab #over-confident aku ni -,-" Doakan saya dapat result dengan warna yang berterbangan! #that's english idiomlah ![]() Gumball: I'm so happy because I'm free from the hell of exam! Ok, sambung balik. Sebenarnya, sudah sebulan tidak sekolah sebab budak 96 SPM. #fight96's! So sekarang saya dalam proses membikin manuskrip novel. Saja nak isi masa lapang. Tapi yang susahnya, Susah hendak cari idea! So, sesiapa yang boleh bantu saya beri idea, emailkan kepada saya, ashkhaianuar@gmail.com. Jangan segan kongsi idea tahu! Selain itu, berat badan saya sudah menurun! Hendak tahu berapa kg yang turun? Jeng jeng jeng.. 3kg! I'm happy about to die! #gelak macam orang jahat sekejap. Tapi disebabkan tidak selalu jogging, naik satu kg balik. #what?! Moral of story, jangan malas pergi jogging! Saya rasa saya kena 'pen off' sekarang sebab saya malas hendak berceloteh panjang. Bye semua nye eh! Assalammualaikum p/s: @->----- 'bunga ros' Carilah Yang Lumayan Assalammualaikum. Apa khabar semua? Saya sihat. Hari ini kita hendak bincang satu topik mengenai lumayan. Ada kaitan ke dengan gambar spongebob di atas tu? Tak ada kaitan pun. Saja letak sebab mereka sangat aegyo! Jom kita teruskan dengan perbincangan kita hari ini. "Dan setiap yang bernyawa tidak akan mati kecuali dengan izin Allah, sebagai ketetapan yang telah ditentukan waktunya. Barang siapa mengkehendaki balasan dunia, nescaya kami berikan bahagian dari balasan dunia ini kepadanya. Dan barangsiapa mengkehendaki balasan akhirat, maka kami berikan bahagiannya dari balasan akhirat itu." (Surah ali 'Imran ayat 145)
Pengajaran ayat :
Tujuan asas yang didapati daripada firman Allah swt ini adalah untuk memberi perangsang kepada orang yang beriman agar terus hidup dalam keadaan berjuang untuk membawa perubahan di jalan Allah swt tanpa merasa ragu atau gerun terhadap halangan-halangan daripada musuh Allah swt.
Ini adalah kerana :
Sikap penakut seseorang tidak akan menambah atau memanjangkan nyawanya. Sikap beraninya juga tidak akan memendek atau mengurangkan nyawanya. Sikap takut dan bimbang seseorang tidak akan dapat menolak qadar dan takdir Allah swt. Sudah pasti seseorang itu tidak akan mati sebelum tiba ajalnya (yang telah ditetapkan Allah).
Sesungguhnya Allah swt akan menganugerahkan setiap apa yang diminta oleh hambaNya samada sebahagian atau sepenuhnya, sesuai dengan peraturan Ilahi dan sejauh mana mereka menuruti peraturan kehidupannya. Manusia wajib tahu masa dan perkembangannya :
Masa dan kehidupan yang sementara iaitu kehidupan di dunia.
Masa dan kehidupan yang kekal abadi iaitu kehidupan di akhirat.
Bagi sesiapa di kalangan manusia mencari habuan dan balasan keuntungan di dunia, maka Allah swt akan memberikan balasan dunianya. Namun rugi yang amat sangat buatnya kerana gagal memperolehi ganjaran dan balasan yang lebih besar dan lebih hebat di akhirat kelak.
Sebaliknya, sesiapa yang bekerja, beramal dan berjuang untuk mendapatkan keuntungan di dunia dan di akhirat, maka Allah swt akan mengurniakan kepadanya di dunia dan juga habuan yang jauh lebih lumayan di akhirat kelak.
Semoga Allah memilih kita di kalangan mereka yang gigih bekerja, istiqamah dan ikhlas di atas jalan kebenaran dan kebaikan ini sehingga ke penghujung kehidupan kita kelak.Annyeong!
Bulatan Gembira dan 10 Muwasofat Tarbiyyah Assalammualaikum. Apa khabar semua? Saya di sini sihat dan dalam proses membina semangat baru. Kenapa bina semangat? Ada sebab-sebab tertentu yang tidak boleh diberi tahu. Peribadi. Hari ini, saya hendak kongsikan dua buah video dari akak kita yang sekarang menuntut ilmu di Korea Selatan. Video-video akak ni sweet sangat. Semogan yang menonton dapat mengambil nilai dan pengajaran. Selamat menonton.. :) Harga Seorang Wanita
Wanita adalah perhiasan dunia, dan sebaik-baik perhiasan adalah wanita solehah
Kita sering mendengar ungkapan baginda Rasulullah SAW yang selalu diulang-ulang bahawa sebaik-baik perhiasan adalah wanita solehah. Namun, pernahkah kita berfikir, adakah kita ini perhiasan terbaik yang dimaksudkan baginda?
Duhai wanita, Begitu berharganya dirimu, Engkaulah perhiasan dunia, Di bawah tapak kakimu terletaknya sebuah syurga, Yang menjadi impian seorang anak, Engkau jualah yang melahirkan Khalifah-khalifah Allah , Yang diciptakan untuk mentaati perintah-Nya, Betapa berharganya dirimu duhai wanita, Adakah engkau menyedarinya? Lantas, dimanakah engkau meletakkan dirimu wanita?
Kebanyakan wanita Islam hari ini berpakaian, tetapi hakikatnya mereka bertelanjang. Benarkah? Mengapa kita tidak mengubahnya? Mengapa kita rela digelar berpakaian tetapi bertelanjang? Begitukah harga diri kita sebagai seorang wanita? Sungguh, murahnya harga diri kita jika kita rela dikatakan sedemikian rupa.
Begitukah dirimu wanita? Engkau melaksanakan yang wajib dan pada masa yang sama engkau juga meninggalkan yang wajib . Jadi apa yang tinggal jika engkau melaksanakan dan meninggalkan.
"Eh, saya dah pakai tudungkan? Apa yang tak kena?"Wanita, engkau hanya bertudung, tetapi engkau masih belum melakukan yang wajib. Tiada siapapun pernah mengatakan bahawa bertudung itu wajib. Allah dan RasulNya juga tidak mengatakan memakai tudung itu satu kewajipan. Tetapi Allah dan RasulNya mengatakan yang wajib itu adalah menutup aurat. Bukan menutup kepala sahaja, tetapi keselurauhan tubuhmu kecuali muka dan tapak tanganmu. Sabda Nabi Muhammad SAW;“Wahai Asma’ sesungguhnya seorang wanita itu apabila telah baligh (haidh) maka tidak boleh baginya menampakkan tubuhnya kecuali ini dan ini, seraya menunjukkan wajah dan telapak tangannya.” [HR Abu Dawud]
Kebanyakan mereka diantara kita selalunya keliru tentang aurat . Mereka beranggapan bahawa aurat itu hanya rambut yang perlu ditutupi . Tetapi sebenarnya aurat wanita itu keseluruhan tubuhnya kecuali muka dan tapak tangan.
" Ah, lantaklah, kubur masing-masing! Aku tak kacau orang pun. Kalau orang lelaki terpikat, dia yang berdosa. Tak ada iman"
Jangan sombong wahai wanita! Kuburmu juga digali orang, yang memakaikan kafanmu juga orang lain. Memang seksaan kita lain-lain , tapi sanggupkah kamu diseksa di dalam kubur nanti? Kamu memang tidak mengacau orang, tetapi kamu sudah membuatkan para lelaki mendapat dosa hanya kerana auratmu yang kamu biarkan terlihat. Betapa zalimnya kamu wanita mengalahkan firaun! Firaun juga zalim, tetapi dia hanya menyeksa dan memaksa manusia untuk menyembah dirinya sebagai tuhan. Sesiapa yang menyembahnya, maka dia sesat . Akan tetapi, jika Allah yang menjadi sembahan, maka nikmatnya syurga yang tiada taranya. Kamu pula? Walaupun kamu tidak menyeksa dan menzalimi orang, kamu tetap membuatkan orang lain mendapat dosa. Zalimnya kamu wahai wanita.Lelaki memang fitrahnya begitu, nafsu mereka hanya untuk wanita. Jangan kamu angkuh mengatakan orang lain tiada iman jika iman kamu sendiri luntur.
Memang benar, setiap orang Islam itu pasti akan masuk ke Syurga . Tetapi sedarkah kamu yang kamu akan singgah di neraka untuk masuk ke dalam syurga? Adakah kamu sanggup diseksa di dalam neraka sedangkan seksaan yang paling ringan di dalam neraka menyebabkan mendidih otak?
Hidayah itu perlu dicari, bukan ditunggu. Kamu tiada usaha, kamu tidak nampak hidayah itu. Mengapa kamu masih tidak mengendahkan? Murah benar harga dirimu wanita! Jika kamu tahu tentang kisah ini, mungkin kamu tahu apa harga dirimu. Pada suatu hari, seorang muslimah datang ke pasar Qainuqa. Beberapa orang Yahudi menggerumuni wanita itu sambil menyuruhnya membuka kain kerudungnya (kain yang digunakan untuk menutup aurat) tetapi wanita itu enggan. Salah seoorang lelaki Yahudi itu menarik kain wanita itu sehingga ternampak auratnya. Wanita itu menjerit lantas menarik perhatian seorang pemuda Islam. Pemuda itu memukul lelaki Yahudi itu. Kawan-kawannya pula memukul pemuda Islam itu. Orang Islam yang berada disitu masuk campur. Pergaduhan itu menjadi lebih besar dan akhirnya tercetus peperangan antara Orang Islam dengan Orang Yahudi Bani Qainuqa. Orang Islam beroleh kemenangan dan orang Yahudi itu terpaksa meninggalkan madinah. Cuba kita bandingkan diri kita dengan Muslimah tersebut. Dulu, orang sanggup berperang hanya kerana orang Yahudi itu hendak melihat aurat muslimah tersebut. Kita? Tidak perlu berperang, memang sudah menjadi tayangan umum. Murah bukan? Bagaimana hendak menjadi wanita termahal? Tutuplah aurat. Aurat diambil dari perkataan Arab 'Aurah' yang bererti keaiban. Jadi kalau kita buka Aurat kita sama sahaja kita membuka aib kita. Bagaimana aurat saya? Firman Allah; Wahai nabi!Katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu, dan isteri-isteri orang mukmin, "Hendaklah mereka menutupkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka". Yang demikian itu agar mereka lebih mudah untuk dikenali sehingga mereka tidak diganggu. Dan Allah Maha Pengampun, Maha PenyayangSurah Al-Ahzab, 33:59 1- Aurat wanita dengan lelaki yang mahram; -dari pusat sehingga lutut. Dan katakanlah kepada para perempuan yang beriman, agar mereka menjaga pandangannya, dan memelihara kemaluannya, dan janganlah menampakkan perhiasannya (auratnya), kecuali yang (biasa) terlihat. Dan hendaklah mereka menutupkan kain kerudung ke dadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya (auratnya),kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka , atau anak-anak lelaki mereka,atau anak-anak lelaki suami mereka (anak tiri), atau adik-beradik lelaki mereka, atau anak-anak lelaki adik-beradik (lelaki) mereka,atau anak-anak lelaki adik-beradik (perempuan) mereka, atau perempuan (sesama Islam) mereka, atau hamba sahaya yang mereka miliki, atau para pelayan lelaki (tua) yang tidak mempunyai keinginan (terhadap perempuan), atau anak-anak (kecil) yang belum mengerti tentang aurat perempuan. Dan janganlah mereka menghentakkan kakinya agar diketahui perhiasan yang disembunyikan. Dan bertaubatlah kamu semua kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, agar kamu beruntung.Walaupun begitu, ada juga golongan wanita yang dikatakan Allah boleh menunjukkan auratnya. Tapi! bukan kesemuanya. Ianya seperti rambut ataupun bagaimana keadaan kita berpakaian didalam rumah dihadapan mahram kita. Siapakah golongan itu? Firman Allah; Dan para perempuan tua yang telah berhenti (dari haid dan mengandung)yang tidak ingin menikah(lagi), maka tidak ada dosa menanggalkan pakaian (luar) mereka dengan tidak (bermaksud) menampakkan perhiasan; tetapi memelihara kehormatan adalah lebih baik bagi mereka. Allah Maha Mendengar,Maha Mengetahui An-Nur (24:60) 2- aurat dengan lelaki yang mahram ; -dari pusat sehingga ke lutut. siapa kata kita tiada aurat kepada lelaki yang mahram kita? Hanya kepada suami yang sah sahaja kita tiada sebarang batasan aurat . 3-Aurat dengan perempuan Islam ; dari pusat hingga ke lutut. 4-Aurat dengan perempuan yang bukan Islam; Seluruh anggota badan kecuali muka dan tapak tangan. Bagaimana hendak menutup aurat? 1) Tudung Hendaklah labuh, sekurang-kurangnya menutup dada. Bukan sahaja labuh dihadapan, dibelakang juga. Lebih baik memakai tudung berjenis cotton. Ini kerana ada jenis kain yang mengikut mengikut bentuk tubuh kita. Sanggul pula, jangan ditinggikan. Sabda Rasulullah, "tidak akan dicium bau syurga orang yang meninggikan sanggulnya" 2) baju hendaklah longgar, tidak jarang, tidak menampakkan sebarang bentuk tubuh mahupun warna kulit tubuh.Berlengan panjang, tidak menampakkan pergelangan tangan. 3) seluar tidak ketat, tidak pendek, tidak berlubang. sebaik-baiknya memakai kain, tidak jarang dan tidak pendek. Sekurang-kurangnya lebih dari paras buku lali. 4) stoking tidak jarang. Tidak berlubang 5) suara dihadapan lelaki yang bukan bergelar suami, dilarang melemah-lembutkan suara, yang boleh menyebabkan para lelaki tertawan mendengarkan suara tersebut. Firman Allah;
Apa kebaikan yang kita dapat? sudah tentu sekali banyak kebaikan yang kita boleh dapat jika kita menutup aurat. Antaranya maruah kita terpelihara sebab kita menutup aib kita. Selain itu, kita ini seolah-olah wanita termahal didunia. Tiada siapa yang dapat melihat aurat kita kecuali seseorang yang bergelar suami sahaja. Bukankah itu mahal? Jika semua orang boleh melihatnya, Bukankah itu yang paling murah kerana tidak perlu dibayar dengan akad nikah?" Menutup aurat dapat membezakan antara kita dengan wanita yang kafir. Wanita kafir tidak menutup aurat. Apa beza kita dengan mereka jika kita tidak menutup aurat? Fikirkanlah. Allah menjadikan manusia sebagai sebaik-baik ciptaan. Mampu berfikir , jadi, fikirkanlah. Allah menyayangi kita. Kerana itu Dia masih beri kita peluang untuk kita hidup, untuk kita ubah segala kesilapan sebelum kita bertemu denganNya.
-Jom kita berubah!-
Kawan Assalammualaikum and annyeonghaseyo! Apa khabar semua? Saya, Alhamdullilah. Baca tak tajuk post ni? Hari ini muka saya penuh dengan senyuman. Macam gambar IU kat atas tu? Senyuman yang lebar sampai ke telinga. Sampai teddy bear dalam gambar tu pun senyum. Pagi tadi semua orang pelik dengan saya hari ini sebab senyum dengan penuh creepy. Mana tak nya sebab saya bangun pun dah tersenyum. Nak tahu sebabnya, semua kena kira sampai sepuluh, sembilan, lapan, tujuh, enam, lima, empat, tiga, dua, satu... Tadaa! Sebab blog saya sudah berwajah baru. Tidak mahulah kalau bunga sakura sahaja, bosan! So, kita buat perkembangan baru dengan sedikit bantuan Mrsbaekyeol kita yang comel ini. Kamsahamnida eonni! Siapa-siapa yang tidak faham fasal blog, boleh rujuk di blognya. Blog saya masih lagi menetapkan warna merah jambu sebab tuan punya blog ini sukakan merah jambu! Sudah setahun projek update terbengkalai, dan inilah hasilnya! Kesabaran yang kita ada mesti ada ganjaran. Firman Allah: Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk (Surah Al Baqarah ayat 45) Bila blog dah baru, mesti semangat hendak typing berkobar-kobar. Tingkatkan lagi semangat itu lagi bagus! Tetapi, ingat semua penaip blog, jangan salahgunakan blog ya! Nanti terpesong tujuan sebenar! Tengah menaip ini, rindu pula akan rakan lama, lama tidak jumpa dia. Macam mana hendak berjumpa kalau kawan punya badan pun di kampung. No handphone pun dah expired. Hmm.. Hanya Allah sahaja saya berserah agar rakan baik selamat.Pernah suatu hari, dia pernah tanya "Kenapa Allah ciptakan kita ya?" Firman Allah: Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat, "Aku hendak menjadikan khalifah di bumi". Mereka berkata, " Apakah Engkau hendak menjadikan orang yang merosak dan menumpahkan darah di sana, sedangkan kami bertasbih memuji-Mu dan menyucikan nama-Mu?" Dia berfirman, "Sungguh, Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui (Surah Al Baqarah ayat 30) Soalan yang dia tanya tidak saya jawab hingga sekarang. Mungkin ayat di atas telah menjawab soalannya. Maaf, sebab tidak jawab soalan awak kawan. Sedih... Sampai di sini sahaja. Assalammualaikum and annyeong! p/s: Lapar... |