Let's Run!


sweet owner

I Love You



Diaries Owner Assalammualaikum. Annyeonghaseyo and nice meet you. I hope you do follow meand like me on facebook :)


Bigfoots!


Shoutbox




Moment



My Flightness Bird



감사합니다

basecode: Nurul AtiQah
Edit by: Cikmimin
Re-Edited By:My Moment
Others: ? ?  ? 


Harga Seorang Wanita



Wanita adalah perhiasan dunia, dan sebaik-baik perhiasan adalah wanita solehah

         Kita sering mendengar ungkapan baginda Rasulullah SAW yang selalu diulang-ulang bahawa sebaik-baik perhiasan adalah wanita solehah. Namun, pernahkah kita berfikir, adakah kita ini perhiasan terbaik yang dimaksudkan baginda?

 Duhai wanita,       Begitu berharganya dirimu,   Engkaulah perhiasan dunia,       Di bawah tapak kakimu terletaknya sebuah syurga,     Yang menjadi impian seorang anak,  Engkau jualah yang melahirkan Khalifah-khalifah Allah ,      Yang diciptakan untuk mentaati perintah-Nya,  Betapa berharganya dirimu duhai wanita,         Adakah engkau menyedarinya?   Lantas, dimanakah engkau meletakkan dirimu wanita?

Kebanyakan wanita Islam hari ini berpakaian, tetapi hakikatnya mereka bertelanjang. Benarkah? Mengapa kita tidak mengubahnya? Mengapa kita rela digelar berpakaian tetapi bertelanjang? Begitukah harga diri kita sebagai seorang wanita? Sungguh, murahnya harga diri  kita jika kita rela dikatakan sedemikian rupa.


"Eh, saya tak pakai tudung pun, saya tetap baik. Saya tidak meninggalkan solat satu waktu pun."
Begitukah dirimu wanita? Engkau melaksanakan yang wajib dan pada masa yang sama engkau juga  meninggalkan yang wajib . Jadi apa yang tinggal jika engkau melaksanakan dan meninggalkan. 

"Eh, saya dah pakai tudungkan? Apa yang tak kena?"
Wanita, engkau hanya bertudung, tetapi engkau masih belum melakukan yang wajib. Tiada siapapun pernah mengatakan bahawa bertudung itu wajib. Allah dan RasulNya juga tidak mengatakan memakai tudung itu satu kewajipan. Tetapi Allah dan RasulNya mengatakan yang wajib itu adalah menutup aurat. Bukan menutup kepala sahaja, tetapi keselurauhan tubuhmu kecuali muka dan tapak tanganmu.


 Sabda Nabi Muhammad SAW;Wahai Asma’ sesungguhnya seorang wanita itu apabila telah baligh (haidh) maka tidak boleh baginya menampakkan tubuhnya kecuali ini dan ini, seraya menunjukkan wajah dan telapak tangannya.” [HR Abu Dawud] 
Kebanyakan mereka diantara kita selalunya keliru tentang aurat . Mereka beranggapan bahawa aurat itu hanya rambut yang perlu ditutupi . Tetapi sebenarnya aurat wanita itu keseluruhan tubuhnya kecuali muka dan tapak tangan.

" Ah, lantaklah, kubur masing-masing! Aku tak kacau orang pun. Kalau orang lelaki terpikat, dia yang berdosa. Tak ada iman"

Jangan sombong wahai wanita! Kuburmu juga digali orang, yang memakaikan kafanmu juga orang lain. Memang seksaan kita lain-lain , tapi sanggupkah kamu diseksa di dalam kubur nanti? Kamu memang tidak mengacau orang, tetapi kamu sudah membuatkan para lelaki mendapat dosa hanya kerana auratmu yang kamu biarkan terlihat. Betapa zalimnya kamu wanita mengalahkan firaun! Firaun juga zalim, tetapi dia hanya menyeksa dan memaksa manusia untuk menyembah dirinya sebagai tuhan. Sesiapa yang menyembahnya, maka dia sesat . Akan tetapi, jika Allah yang menjadi sembahan, maka nikmatnya syurga yang tiada taranya. Kamu pula? Walaupun kamu tidak menyeksa  dan menzalimi orang, kamu tetap membuatkan orang lain mendapat dosa. Zalimnya kamu wahai wanita.Lelaki memang fitrahnya begitu, nafsu mereka hanya untuk wanita. Jangan kamu angkuh mengatakan orang lain tiada iman jika iman kamu sendiri luntur.

Memang benar, setiap orang Islam itu pasti akan masuk ke Syurga . Tetapi sedarkah kamu yang kamu akan singgah di neraka untuk masuk ke dalam syurga? Adakah kamu sanggup diseksa di dalam neraka sedangkan seksaan yang paling ringan di dalam neraka menyebabkan mendidih otak?

"Tak apalah, saya tak nak lah pakai tudung. Belum hidayah"
Hidayah itu perlu dicari, bukan ditunggu. Kamu tiada usaha, kamu tidak nampak hidayah itu. Mengapa kamu masih tidak mengendahkan? Murah benar harga dirimu wanita! Jika kamu tahu tentang kisah ini, mungkin kamu tahu apa harga dirimu.

Pada suatu hari, seorang muslimah datang ke pasar Qainuqa. Beberapa orang Yahudi menggerumuni wanita itu sambil menyuruhnya membuka kain kerudungnya (kain yang digunakan untuk menutup aurat) tetapi wanita itu enggan. Salah seoorang lelaki Yahudi itu menarik kain wanita itu sehingga ternampak auratnya. Wanita itu menjerit lantas menarik perhatian seorang pemuda Islam. Pemuda itu memukul lelaki Yahudi itu. Kawan-kawannya pula memukul pemuda Islam itu. Orang Islam yang berada disitu masuk campur. Pergaduhan itu menjadi lebih besar dan akhirnya tercetus peperangan antara Orang Islam dengan Orang Yahudi Bani Qainuqa. Orang Islam beroleh kemenangan dan orang Yahudi itu terpaksa meninggalkan madinah.

Cuba kita bandingkan diri kita dengan Muslimah tersebut. Dulu, orang sanggup berperang hanya kerana orang Yahudi itu hendak melihat aurat muslimah tersebut. Kita? Tidak perlu berperang, memang sudah menjadi tayangan umum. Murah bukan?

Bagaimana hendak menjadi wanita termahal?

Tutuplah aurat. Aurat diambil dari perkataan Arab 'Aurah' yang bererti keaiban. Jadi kalau kita buka Aurat kita sama sahaja kita membuka aib kita.

Bagaimana aurat saya?

Firman Allah;

Wahai nabi!Katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu, dan isteri-isteri orang mukmin, "Hendaklah mereka menutupkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka". Yang demikian itu agar mereka lebih mudah untuk dikenali sehingga mereka tidak diganggu. Dan Allah Maha Pengampun, Maha PenyayangSurah Al-Ahzab, 33:59

1- Aurat wanita dengan lelaki yang mahram; -dari pusat sehingga lutut.

Dan katakanlah kepada para perempuan yang beriman, agar mereka menjaga pandangannya, dan memelihara kemaluannya, dan janganlah menampakkan perhiasannya (auratnya), kecuali yang (biasa) terlihat. Dan hendaklah mereka menutupkan kain kerudung ke dadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya (auratnya),kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka , atau anak-anak lelaki mereka,atau anak-anak lelaki suami mereka (anak tiri), atau adik-beradik lelaki mereka, atau anak-anak lelaki adik-beradik (lelaki) mereka,atau anak-anak lelaki  adik-beradik (perempuan) mereka, atau perempuan (sesama Islam) mereka, atau hamba sahaya yang mereka miliki, atau para pelayan lelaki (tua) yang tidak mempunyai keinginan (terhadap perempuan), atau anak-anak (kecil) yang belum mengerti tentang aurat perempuan. Dan janganlah mereka menghentakkan kakinya agar diketahui perhiasan yang disembunyikan. Dan bertaubatlah kamu semua kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, agar kamu beruntung.
An-Nur (24:31)
Walaupun begitu, ada juga golongan wanita yang dikatakan Allah boleh menunjukkan auratnya. Tapi! bukan kesemuanya. Ianya seperti rambut ataupun bagaimana keadaan kita berpakaian didalam rumah dihadapan mahram kita. Siapakah golongan itu? Firman Allah;

Dan para perempuan tua yang telah berhenti (dari haid dan mengandung)yang tidak ingin menikah(lagi), maka tidak ada dosa menanggalkan pakaian (luar) mereka dengan tidak (bermaksud) menampakkan perhiasan; tetapi memelihara kehormatan adalah lebih baik bagi mereka. Allah Maha Mendengar,Maha Mengetahui     
 An-Nur (24:60)

2- aurat dengan lelaki yang mahram ; -dari pusat sehingga ke lutut.
     siapa kata kita tiada aurat kepada lelaki yang mahram kita? Hanya kepada suami yang sah sahaja kita 
     tiada sebarang batasan aurat . 
3-Aurat dengan perempuan Islam ; dari pusat hingga ke lutut.
4-Aurat dengan perempuan yang bukan Islam; Seluruh anggota badan kecuali muka dan tapak tangan.

Bagaimana hendak menutup aurat?

1) Tudung

Hendaklah labuh, sekurang-kurangnya menutup dada. Bukan sahaja labuh dihadapan, dibelakang juga. Lebih baik memakai tudung berjenis cotton. Ini kerana ada jenis kain yang mengikut mengikut bentuk tubuh kita. Sanggul pula, jangan ditinggikan. Sabda Rasulullah, "tidak akan dicium bau syurga orang yang meninggikan sanggulnya" 

2) baju

hendaklah longgar, tidak jarang, tidak menampakkan sebarang bentuk tubuh mahupun warna kulit tubuh.Berlengan panjang, tidak menampakkan pergelangan tangan.

3) seluar

tidak ketat, tidak pendek, tidak berlubang. sebaik-baiknya memakai kain, tidak jarang dan tidak pendek. Sekurang-kurangnya lebih dari paras buku lali.

4) stoking

tidak jarang. Tidak berlubang

5) suara

dihadapan lelaki yang bukan bergelar suami, dilarang melemah-lembutkan suara, yang boleh menyebabkan para lelaki tertawan mendengarkan suara tersebut. Firman Allah;

"..Maka Janganlah kamu tunduk (melemah lembutkan suara) dalam berbicara sehingga bangkit nafsu orang yang ada penyakit didalam hatinya; dan ucaplah perkataan yang baik.  Al-Ahzab (33:32)

Apa kebaikan yang kita dapat?

sudah tentu sekali banyak kebaikan yang kita boleh dapat jika kita menutup aurat. Antaranya maruah kita terpelihara sebab kita menutup aib kita. Selain itu, kita ini seolah-olah wanita termahal didunia. Tiada siapa yang dapat melihat aurat kita kecuali seseorang yang bergelar suami sahaja. Bukankah itu mahal? Jika semua orang boleh melihatnya, Bukankah itu yang paling murah kerana tidak perlu dibayar dengan akad nikah?"

Menutup aurat dapat membezakan antara kita dengan wanita yang kafir.  Wanita kafir tidak menutup aurat. Apa beza kita dengan mereka jika kita tidak menutup aurat? Fikirkanlah. Allah menjadikan manusia sebagai sebaik-baik ciptaan. Mampu berfikir , jadi, fikirkanlah. Allah menyayangi kita. Kerana itu Dia masih beri kita peluang untuk kita hidup, untuk kita ubah segala kesilapan sebelum kita bertemu denganNya.


-Jom kita berubah!-