Let's Run!


sweet owner

I Love You



Diaries Owner Assalammualaikum. Annyeonghaseyo and nice meet you. I hope you do follow meand like me on facebook :)


Bigfoots!


Shoutbox




Moment



My Flightness Bird



감사합니다

basecode: Nurul AtiQah
Edit by: Cikmimin
Re-Edited By:My Moment
Others: ? ?  ? 


Say No to Valentine's Day!

Assalammualaikum.Pertama sekali saya nak mintak maaf sebab lambat buat entri tentang tajuk ni...kalau kawan-kawan dah baca entri lepas, mesti dah tau sebab nya kan. Sila la tekan butang "older" kalau nak tau. hehe. Okay..terus kepada tajuk yang saya nak tulis ni. Kawan-kawan tau tak sambut Valentine's Day niHaram?? Bukan sekadar tak boleh je..tapi Haram. Kalau nak tahu lebih lanjut tentang hukum menyambut Hari Valentine's Day ni..cuba klik  Portal Rasmi Fatwa Malaysia ni.Ini bermaksud kalau haram..jika kita tetap lakukan, boleh menjejaskan kesucian akidah kita. Na'uzubillahi min zalik. Antara sebab ia diharamkan ialah perayaan ni tidak ada di dalam Islam dan terikut-ikut dengan budaya orang kafir. Sambungan dan lanjutan daripada hukum menyambut Hari Valentine ni.

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-71 yang bersidang pada 22-24 Nov 2005 telah membincangkan Hukum Orang Islam  Menyambut Perayaan Valentine's Day. Muzakarah berpandangan bahawa  ajaran Islam amat mengutamakan kasih sayang dan tidak ada hari tertentu di dalam Islam bagi meraikannya.
Oleh itu, Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa amalan merayakan Valentine’s Day tidak pernah dianjurkan oleh Islam. Roh perayaan tersebut mempunyai unsur-unsur Kristian dan amalannya yang bercampur dengan perbuatan maksiat adalah bercanggah dan dilarang oleh Islam.



Keterangan/Hujah: 
Sejarah Valentine’s Day tidak ada di dalam Islam. Amalan, budaya dan hasrat perayaan ini mempunyai unsur-unsur Kristian yang bercanggah dengan Islam.
Di dalam Islam tidak ada hari tertentu bagi meraikan kekasih atau kasih sayang. Islam sangat menitikberatkan soal kasih sayang dan setiap hari di dalam Islam adalah hari kasih sayang.
Islam menolak konsep kasih sayang yang terkandung dalam Valentine’s Day kerana unsur-unsur ritual keagamaan yang diamalkannya boleh menggugat akidah Islam.
Hukum Islam jelas dalam hal melarang umatnya meniru atau menyerupai budaya dan cara hidup orang bukan Islam. Ini berdasarkan sebuah hadith Rasulullah s.a.w.:


من تشبه بقوم فهو منهم     

“Sesiapa yang menyerupai sesuatu kaum maka dia termasuk dalam kaum tersebut.”
                                                                                                                                                                    ( Riwayat Abu Daud)
Rasulullah s.a.w. juga bersabda:


من عمل عملا ليس عليه أمرنا فهو مردود

“Sesiapa yang mengamalkan perkara yang bukan dari pada amalan kami maka ia akan ditolak.”
                                                                                                                                                         (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Kebanyakan golongan remaja Islam hari meraikan Valentine’s Day dengan perbuatan- perbuatan yang dilarang oleh Islam. Gejala seperti ini sekiranya tidak dibendung akan merosakkan generasi umat Islam akan datang.




Pernyataan tadi memang saya copy paste bulat-bulat daripada laman web sumber..cuba klik kalau nak tengok kesahihan nya. Jadi, nak pertikaikan apa lagi? Dah terang lagi bersuluh. Saya baca asal sambutan Valentines ni di laman web ni. Sila tekan..


Kesimpulannya ialah..


dan hargailah cinta Allah kepada kita
dengan cara melakukan suruhan dan meninggalkan laranganNya




..Sekian.