sweet owner Bigfoots! Shoutbox Moment My Flightness Bird 감사합니다
| Maal Hijrah Assalammualaikum? Apa khabar semua? Saya di sini sihat, Alhamdulliah. Rasanye blog ni dah lama tak aktif sampai setahun. Satu rekod baru bagi saya! #Rekod lah sangat :p So, memandangkan maal hijrah baru saja tiba, kesempatan ini saya ingin mengucapkan Salam Maal Hijrah kepada semua muslimim dan muslimat. Alhamdulilah, bersyukur kepada Allah kerana memberi nikmat yang tidak terucap ini. Apa azam korang tahun ni? Mesti azam yang awesome bukan? Azam saya? Azam saya ialah nak mengeratkan lagi hubungan antara hamba dengan Sang Pencipta, dan manusia. #harap azam ni tercapai Insyaallah! Allah pernah bersabda: "Sesungguhnya Allah s.w.t berfirman: 'Sekiranya seorang hamba-Ku ingin melakukan satu kejahatan, jangan lah ditulis kejahatan ke atasnya hinggalah dia melakukan perbuatan tersebut. Dan apabila dia melakukannya maka tulislah seumpama apa yang telah dia lakukan. Kiranya dia meninggalkan perbuatan tersebut kerana-Ku, tulis baginya satu kebaikan. Dan sekiranya seorang hamba-Ku ingin melakukan kebaikan dan ia belum pun melakukannya maka tulis baginya satu kebaikannya. Apabila dia melaksanakannya maka tulis baginya sepuluh kebaikan, bahkan hingga 700 kali ganda.' " Siapa yang tak nak ganjaran di atas? Semua nak kan? Saya pun nak! So, kalau nak, jom kita sama2 amalkan sempena maal hijrah tahun ni. Buat sesuatu jangan terpesong daripada tujuan yang sebenar. Nanti, amalan itu menjadi songsang. Korang nak tahu tak betapa besarnya kasih Allah? Nak tahu? Buka tafsir Al-Quran Surah Al-Anm ayat 160. Allah bersabda: "Barang siapa melakukan kejahatan maka ia tidak akan dibalas kecuali yang seumpamanya." Surah al-An'am ayat 160 Tengok? Betapa besarnya kasih Allah, So selalulah beribadah kerana Allah. p/s: Syukran and kamsahamnida to cahayabahiya for the knowledge |