sweet owner Bigfoots! Shoutbox Moment My Flightness Bird 감사합니다
| Haram tetap Haram
Ada seorang lelaki ini menyukai seorang perempuan ni. Pada mulanya lelaki ini menahan perasaan nya. Katanya, biarlah aku mencintai perempuan itu secara senyap lagi elok. Makin bertahun makin bertahan, nafsu pun membarak. Lelaki tersebut tidak tahan. .
Lelaki itu terus menemui perempuan yang dia cintai itu. Dia luahkan pada perempuan tersebut. Secara tak sengaja, perempuan tersebut pun sudah lama menyukainya.
Tetapi mereka tahu couple itu tidak boleh, maka mereka menggunaka cara yang lain, iaitu COUPLE ISLAMIK.
Kalau main SMS, saling mengingati, Kejutkan untuk tahajjud , bangun Subuh . Segalanya yang baik baik,, tidak ada ayat jiwang - jiwang ini..
Kalau berjumpa atau pergi jalan -jalan . . ikut adat yang betul. Lelaki dihadapan manakala perempuan dibelakang.. kadang-kadang tu berhenti dekat satu tempat , tadarus sama-sama
Senang citer, semuanya dengan cara baik.. Islamic way, saling mengingati dalam agama..
Pada suatu hari mereka berjalan sama-sama..
sedang mereka berhenti di suatu tempat untuk bertadarus. ..
Ada seorang lelaki namanya Ahmad datang kepadanya.. Pada waktu itu tempat disitu tidak ada tempat lagi, jadi dia memilih untuk duduk bersama-sama pasangan itu...
Tiba-tiba Ahmad bertanya pada mereka..
"Anda berdua ini suami isteri kah?"
"Tidak, kami pasangan couple. tapi kami couple islamic punya"
"Hmmm , Saudari tahu . Saya ini seorang mualaf.. Dulu sebelum saya masuk Islam , setiap hari saya makan Babi.. Kalau tak makan setiap hari saya boleh masuk hospital.. Tiba-tiba suatu hari tu, Allah telah berikan Hidayah pada saya dan saya pun masuk Islam.. Saya sangat susah nak menyesuaikan diri.. Disebabkan itu, saya pun beli lah seekor babi yang baru lahir.. Saya jaga dia cara Islamik.. Bagi makan pun saya sembelih.. Setiap beberapa minit saya azankan .. Saya selalu bersihkan dia sehingga dia besar saya jagakannya dalam keadaan Islam.. Dan disaat saya hendak menyembelihkannya.. Saya terkejut , Babi tidak ada leher. tapi disebabkan nafsu saya yang membuak ini nak sangat makan babi ni, saya sembelih je.. Lalu saya goreng babi tersebut .. Sebelum saya makan saya ternampak pulak seorang ustaz lalu di kawasan rumah saya lalu saya memanggilnya " Ustaz makan ustaz , babi Islam." Ustaz tersebut terkejut dengan kata-kata saya. lalu melarangnya.... Saudari tahu, disebabkan kejadian itu , saya sedar. YANG HARAM TETAP HARAM"
Selepas pasangan itu mendengar cerita Ahmad.. Mereka terus sedar, apa yang mereka lakukan adalah dosa,.. Walaupun mereka tidak melakukan maksiat tapi mereka telahpun mendekati Zina .. Mana tidaknya setiapkali berjumpa berdondang-dondang hati mereka..
Lalu, mereka pun berpisah.. Lelaki itu berkata pada perempuan itu
"Awak, kita berpisah kerana Allah ye.. Kalau ada jodoh, ada lah jodoh kita bersama"
credits : cahayabahiya.bs.com
|