Let's Run!


sweet owner

I Love You



Diaries Owner Assalammualaikum. Annyeonghaseyo and nice meet you. I hope you do follow meand like me on facebook :)


Bigfoots!


Shoutbox




Moment



My Flightness Bird



감사합니다

basecode: Nurul AtiQah
Edit by: Cikmimin
Re-Edited By:My Moment
Others: ? ?  ? 


Salahkah minat KPOP?


Assalammualaikum. Apa khabar semua? Sihat? Saya, Alhamdullilah. So, hari ini saya hendak cakap pasal  'KPOP'. Bagi saya, Korean Pop ni sudah bagi satu fenomena terhadap Malaysia. Kalau hendak tahu, negara Malaysia merupakan negara yang majoritinya konsert KPOP diadakan. Bahkan, beratus-ratus anak muda berebut membeli tiket konsert tersebut. Jadi, apa kaitannya dengan tajuk hari ini?

Kawan saya pernah tanya, "Salahkah minat KPOP? Dia kata ramai rakan sekelasnya minat KPOP sampai tahap demam kalau tidak dapat beli tiket konsert KPOP. Kalau tidak baca majalah Epop, masuk hospital."
Mula-mula saya tidak percaya dengan apa yang dia cakap. "Biar betul? Sampai masuk hospital kalau tak baca majalah Epop?". Ok, kes ini sudah tahap parah. Cuba bayangkan, terlepas sesuatu tentang KPOP, boleh masuk hospital? Tidak logik tetapi tidak mustahil sebab kuasa Allah tidak terbatas. 

Firman Allah:

Tidakkah diakui dan tidakkah dipercayai bahawa Tuhan yang telah menciptakan langit dan bumi (yang demikian besarnya) - berkuasa menciptakan semula manusia sebagaimana Ia menciptakan mereka dahulu? Ya! Diakui dan dipercayai berkuasa! Dan Dia lah Pencipta yang tidak ada bandinganNya, lagi Yang Maha Mengetahui. (Surah Yassin ayat 81)

Straight to the point, sebenarnya, tidak salah meminati sesuatu seperti KPOP dan tidak salah meminati sesuatu hiburan asalkan tidak melalaikan seseorang.

Firman Allah:


Dan tidak (dinamakan) kehidupan dunia melainkan permainan yang sia-sia dan hiburan yang melalaikan: dan demi sesungguhnya negeri akhirat itu lebih baik bagi orang-orang yang bertaqwa. Oleh itu, tidakkah kamu mahu berfikir?  (Surah Al An'aam ayat 32)


(Tuhan berfirman: Orang-orang kafir itu ialah) orang-orang yang menjadikan perkara-perkara agama mereka sebagai hiburan yang melalaikan dan permainan, dan orang-orang yang telah terpedaya dengan kehidupan dunia (segala kemewahannya dan kelazatannya). Oleh itu, pada hari ini (hari kiamat), Kami lupakan (tidak hiraukan) mereka sebagaimana mereka telah lupa (tidak hiraukan persiapan-persipan untuk) menemui hari mereka ini, dan juga kerana mereka selalu mengingkari ayat-ayat keterangan Kami. (Surah Al-A'raaf ayat 51)

Kena selalu beringat kalau berhibur itu jangan sampai tinggal perkara wajib. Saya pun meminati KPOP cuma saya harus berjaga-jaga supaya tidak terus tenggelam. Annyeong dan Assalammualaikum...

p/s: Doakan yang terbaik buat Palestin :)